Tuesday 27 February 2024

Sembahyang Jumaat Bhg. III

Jabatan agama merasakan perlaksanaan sembahyang Jumaat mereka cukup baik. Sebab itu mereka menangkap muslim yang ponteng.

Realitinya, versi sembahyang Jumaat mereka itu adalah antaranya sesi mengampu Sultan. Si khatib juga berlakon sebagai pemimpin Islam yang bertaqwa, membaca skrip di depan mata.

"Bertaqwalah kepada Allah".

Satu suruhan mulia yang si khatib sendiri gagal amalkan. Sultan tidak pernah salah di mata si khatib. Walaupun Permaisuri tidak bertudung ataupun berpakaian seksi diimport dari Rusia.

Yang salah semuanya rakyat marhaen. Maka rakyat berpusu-pusu ke masjid takut ditangkap. Ada juga yang hadir kerana menjaga imej sebagai agamawan.

Jabatan agama sengaja mengehadkan lesen sembahyang Jumaat kepada masjid tertentu sahaja. Padan muka rakyat terpaksa berjalan jauh meredah panas mahupun hujan.

Yang kaya datang dengan Mercedes. Yang miskin pula berjalan kaki bermandikan peluh. Yang ponteng pula dihukum sabagai ahli maksiat.

Maka berbuih mulut muslimah mengutuk si ponteng. Padahal si muslimah juga ponteng.

"Kami wanita kaum yang lemah".

Seperti biasa, wanita dalam agama Sunnah adalah insan lemah. Taliban tahu perkara ini. Wanita Taliban dilarang bersekolah tinggi.

Maka berasa waraklah pemimpin-peminpin agama kerana menangkap si ponteng.

"Sultan sentiasa betul. Ini periuk nasi kami".

Maka terpaksalah para jemaah mendengar bebelan si khatib. Orang lain selain Sultan dan konco-konco, semua difatwakan sesat kecuali mereka yang mentaati jabatan agama.

Wallahualam.

Tuesday 26 December 2023

Hadis Bhg. XIV

Benar, saya tidak terikat dengan silibus "ulum hadis" yang biasa anda jumpa di institusi pengajian. Akibatnya, ahli Sunnah menyangka saya jahil hadis. Sebelum saya menulis jauh, anda perlu tahu bahawa bidang hadis boleh dilihat dalam pelbagai kemahiran.

Sebagai contoh, jika saya memasuki pertandingan menghafal hadis, insyaallah saya akan kalah. Ini kerana menghafal adalah bukan kekuatan saya.

Namun jika pertandingan itu adalah berasaskan ilmu mantiq, saya boleh mengalahkan ramai pemimpin hadis.

Kassim Ahmad telah mendedahkan sebahagian kelemahan pemimpin-pemimpin hadis di zaman beliau. Mungkin jasa beliau ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada ibubapa Sunnah untuk menghantar anak-anak menyambung pengajian dalam bidang hadis.

Namun, antara masalah penganut Ashari yang menghantar anak mereka belajar hadis adalah, anak-anak mereka akhirnya menjadi "Wahabi".

Di pihak "Wahabi" pula, mereka menghadapi masalah untuk menjadi ahli hadis yang berkaliber. Mereka mahu mengikut hadis, namun oleh kerana bilangan ribuan hadis yang mereka terpaksa menelaah.

Manakala di pihak Ashari, mereka tidak yakin bahawa mereka mampu menjadi mujtahid yang berkaliber, akhirnya mentaliti ini menjadikan mereka malas mengkaji seterusnya tidak bersedia untuk melawan "wahabi".

Sebab itu jarang untuk kita lihat individu yang seberani Engku Fadzil yang bersungguh melawan "wahabi" secara serius.

Sebaliknya kita lihat watak Zamihan al-Ghari yang digelar sebagai "al-Lari", atau Azhar Idrus yang tidak menyahut cabaran DrMaza, atau kita lihat ramai penganut Ashari yang fokus kepada amalan gelar-menggelar.

Ini kerana menggelar adalah amalan yang mudah. Ia dijadikan taktik untuk menang berdebat tanpa perlu melakukan lebih kajian topik berkenaan.

Berikut adalah pemimpin hadis yang saya boleh kalahkan. Saya membuat pendedahan ini adalah bagi membela diri dari dihina sebagai jahil hadis. Oleh itu, saya secara terbuka menyahut cabaran hadis;

- DrMaza

- Rozaimie

- Salman Ali

Sukar untuk saya mendapatkan nama "pakar hadis" dari kalangan Ashari kerana, secara amnya mereka kurang mengkaji hadis. Sebaliknya mereka lebih berminat dengan feqah.

Wallahualam.

Monday 27 November 2023

Agama Bhg. XI

"Agama apakah yang benar?"

Jika anda menjawab "Islam", maka versi Islam yang mana? Salafi? Ashari? Shafie? Hanbali?

Kesilapan manusia adalah mereka cuba "menentukan" kebenaran. Golongan ateis mahukan tuhan yang anti kesengsaraan. Oleh kerana di muka bumi ini banyak kesengsaraan, maka mereka menafikan tuhan versi itu.

Dalam erti kata lain, golongan ateis mahu tentukan tuhan yang macam mana.

Ahli-ahli sunnah pula mahu menentukan versi Rasulullah masing-masing. Penganut Salafi dan Ashari, mempunyai versi Rasul yang berbeza. Sebab itu mereka bergaduh sesama sendiri setiap hari.

Adakah anda yang menentukan kebenaran bahawa 1+2=3?

Bayangkan puak masing-masing mahu menentukan kebenaran matematik. Satu puak mengatakan 1+2=5, satu puak lagi mengatakan 1+2=7.

Mereka adalah golongan yang menzalimi diri sendiri. Sepatutnya  persoalan1+2=? ditentukan oleh kebenaran.

Golongan pendakwah pula mahu menentukan hidayah orang lain. Bahkan mereka cuba menyusahkan autoriti kepolisan yang sedia sibuk dengan jenayah-jenayah besar, dengan akta-akta "memaksa hidayah".

Akhirnya pembasmian jenayah besar terganggu. Bilangan penguatkuasa yang terhad, diterhadkan lagi oleh golongan pendakwah ini.

Golongan pendakwah ini yang sepatutnya turun padang. Adakah dialog terbuka dengan rakyat.

Tapi sebaliknya pendakwah ini seakan selesa berselindung di sebalik dewan-dewan kuliah institusi pengajian dan mahu pegawai-pegawai polis menangkap mereka yang derhaka dengan dakwahnya.

Wallahualam.

Wednesday 25 October 2023

Agama Bhg. X

Anda perlu belajar "menerima" gelaran "kafir" dari musuh. Nanti saya terangkan kenapa.

Adakah anda mengharapkan musuh anda untuk menggelarkan anda dengan pujian? Mereka adalah musuh anda. Adalah logik jika mereka memberikan gelaran buruk kepada anda.

Anda boleh menyuruh mereka supaya berubah. Menukar gelaran "kafir" kepada gelaran lain seperti gelaran "bukan Islam" sebagai contoh. Namun itu pilihan mereka untuk berubah.

Jika mereka tidak mahu berubah, maka anda perlu tahu untuk menanganinya demi kesihatan mental anda.

Sepanjang saya menjadi pengkritik Sunnah, saya menerima pelbagai gelaran buruk. Alhamdulillah, saya masih belum ditangkap polis mahupun pegawai agama.

Baru-baru ini agamawan yang bernama Cikgu Norman telah menggelarkan saya sebagai "bodoh" berkali-kali dan saya menerimanya.

Saya tidak memarahi beliau kerana saya menerima gelaran itu. Kesihatan mental saya telah terjaga dengan izinNya.

Setelah anda menerima gelaran buruk, anda perlulah membela diri dengan hujah yang bernas. Ini dinamakan sebagai pertahanan diri.

Jika anda tiada hujah bernas, anda sebenarnya telah "kalah" sebelum anda mengkritik.

Pendakwah yang memaksa orang lain berubah kepercayaan akhirnya akan merosakkan diri sendiri. Ia adalah satu bentuk tekanan diri yang tidak perlu.

Wallahualam.

Friday 29 September 2023

Nuh

Sesungguhnya Kami utuskan Nuh kepada kaumnya maka baginda berkata; "Wahai kaumku kamu abdikanlah-diri kepada Allah tidak bagi kamu dari tuhan selainNya (7/59, 23/23) sesungguhnya aku merasa takut atas kamu azab hari hebat (7/59) maka adakah kamu tidak bertaqwa (23/23). 

Berkata penguasa itu dari dari kaumnya; "Sesungguhnya kami pasti melihat kamu dalam kesesatan nyata" (7:60). 

Baginda berkata; "Wahai kaumku tiada denganku kesesatan akan tetapi rasul dari rabb alam-alam itu (7:61) yang jujur (26/107), aku menyampaikan risalah rabbku dan aku menasihatkan bagi kamu dan aku mengetahui dari Allah apa tidak kamu mengetahui (7:62), adakah menakjubkan kamu bahawa datangi kamu peringatan dari rabb kamu atas lelaki dari kamu bagi memberi amaran kepada kamu dan bagi kamu mentaqwa dan supaya kamu dirahmati (7:63), jika besar atas kamu maqamku dan peringatanku dengan ayat Allah maka atas Allah aku bertawakkal maka kamu kumpulkan suruhanmu dan rakan-rakan kongsimu kemudian jangan menjadi suruhanmu atas kamu penyesalan kemudian kamu kenakan kepadaku dan jangan kamu menangguh (10/71). Sesungguhnya aku bagi kamu pemberi amaran penjelas (11/25), bahawa janganlah kamu mengabdikan-diri-kepada selain Allah sesungguhnya aku merasai-takut atas kamu azab hari pedih (11:26). Maka kamu bertaqwalah-kepada Allah dan taatilah aku (26:108) dan tidak aku meminta-kepada kamu atasnya dari upah, bahawa upahku hanyalah atas rabb alam-alam itu (26:109). Sesungguhnya aku bagi kamu pemberi-amaran yang nyata (71/2) bahawa kamu abdikanlah-diri-kepada Allah (71/3). Maka kamu bertaqwalah-kepada Allah dan taatilah aku" (26:110).

Maka berkata penguasa yang kufur dari kaumnya (11/27); "Adakah kami akan beriman bagi kamu (26/111), tidak kami melihat kamu kecuali manusia-biasa seperti kami dan tidak kami melihat kamu yang ikut kamu kecuali mereka yang kasta-rendah kami tidak matang kelihatan dan tidak kami melihat bagi kamu atas kami dari fadhilat bahkan kami menganggap kamu penipu" (11/27).

Baginda berkata; "Dan apa ilmuku dengan apa yang mereka telah melakukan (26:112). Sesungguhnya hisab mereka hanyalah atas rabbku jika kamu menyedari (26:113) dan tidak aku dengan penghalauan entiti-entiti yang beriman itu (26:114). Bahawasanya aku hanyalah pemberi-amaran penyata (26:115). Wahai kaumku, adakah kamu lihat jika aku jadi atas penerangan dari rabbku dan Dia berikan aku rahmat dari sisiNya maka ia dibutakan atas kamu adakah Kami memaksa kamu ia dan kamu baginya pembenci-pembenci? (11/28). Dan wahai kaumku, tidak aku menyoalkan kamu atasnya harta bahawa upahku hanya atas Allah dan tidak aku dengan penghalau orang yang beriman sesungguhnya mereka penemu rabb mereka dan tetapi aku melihat kamu kaum menjahil (11:29). Dan wahai kaumku siapa menolong aku dari Allah jika aku halau mereka adakah maka tidak kamu memperingati (11:30). Dan tidak aku mengatakan bagi kamu di-sisi aku harta-simpanan Allah dan tidak aku tahu perkara-ghaib itu dan tidak aku mengatakan sesungguhnya aku Malaikat dan tidak aku mengatakan bagi entiti-entiti yang dipandang-rendah mata kamu tidak Allah memberikan mereka kebaikan Allah lebih tahu dengan apa pada nafs-nafs mereka sesungguhnya aku jika-tidak pasti dari pezalim-pezalim itu" (11:31).

Mereka berkata; "Wahai Nuh, sesungguhnya kamu bersengketa-dengan kami maka kerap kamu persengketaan-dengan kami maka bawakan kami dengan apa kamu mengugut kami jika jadi kamu dari pensiddiq-pensiddiq itu" (11:32).

Baginda berkata; "Sesungguhnya apa Dia membawakan kamu dengannya Allah jika Dia bersesuatu dan bukan kamu dengan pelari-pelari diri (11:33). Dan tidak bermanfaat nasihat aku jika aku mahu menasihati bagi kamu jika jadi Allah mahu menyesatkan kamu. Dia rabb kamu dan kepadaNya kamu dikembalikan" (11:34).

Mereka berkata; "Adakah dia mereka-cerita?" (11/35).

Baginda berkata; "Jika aku mereka-ceritanya maka atas aku jenayah dan aku tidak bersalah dari apa yang kamu jenayahkan" (11/35).

Mereka berkata; "Jika tidak kamu genjat wahai Nuh pasti kamu menjadi dari entiti-entiti-yang-direjam itu (26:116).

Baginda berkata; "Rabbku, sesungguhnya kaumku nafikanku (26:117), sesungguhnya aku panggilkan kaumku malam dan siang (71/5), maka tidak meningkatkan mereka panggilanku kecuali pelarian. Dan sesungguhnya aku tiapkali aku panggilkan mereka supaya Engkau mengampuni bagi mereka, mereka letakkan jemari mereka di telinga-telinga dan mereka menutupi-diri mereka kain mereka dan degil dan takbur ketakburan (71:7). Kemudian sesungguhnya aku ajakkan mereka secara-terbuka (71:8). Kemudian sesungguhnya aku isytiharkan bagi mereka dan aku rahsiakan bagi mereka kerahsiaan (71:9). Maka aku berkata; "Kamu minta-ampunlah-kepada rabb kamu sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (71:10). Dia akan-mengutuskan langit ke-atas kamu banyaknya (71:11). Dan Dia sediakan kamu dengan harta dan anak-anak dan menjadikan bagi kamu tetaman dan sesungai (71:12). Apa bagi kamu tidak kamu mengharapkan bagi Allah kemegahan? (71:13). Dan sesungguhnya Dia jadikan kamu berperingkat-peringkat (17:14). Adakah tidak kamu melihat bagaimana Dia ciptakan, Allah, tujuh lelangit berlapisan (71:15). Dan Dia jadikan Bulan padanya cahaya dan jadikan Mentari lampu (71:16). Dan Allah tumbuhkan kamu dari Bumi tumbuhan (71:17). Kemudian Dia akan-kembalikan kamu padanya dan mengeluarkan kamu keluaran (71:18). Dan Allah jadikan bagi kamu Bumi bentangan (71:19). Supaya kamu berpergian darinya jejalan luas (71:20)". Rabbku, sesungguhnya mereka derhakai aku dan mengikuti siapa tidak meningkatkannya  hartanya dan anaknya kecuali penyesalan (71/21). Dan mereka rancangkan rancangan besar (71:22). Maka hakimilah antara aku dan mereka kehakiman dan selamatkanlah aku dan siapa bersamaku dari entiti-entiti yang beriman itu" (26:118).

Dan mereka berkata;"Kamu gila (54:9), janganlah kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamu dan janganlah kamu meninggalkan Wadd dan jangan Suwa dan jangan Yaguth dan Yauq dan Nasr" (71/23).

Nuh dihalau (54/9). Dan berkata Nuh; "Rabbku, janganlah Engkau meninggalkan atas Bumi dari pengkufur-pengkufur tempat-tinggal (71:26). Sesungguhnya Engkau jika meninggalkan mereka, mereka akan-menyesatkan hamba-hambaMu dan tidaklah mereka berzuriat kecuali penjahat yang kufur (71:27). Rabbku, ampunilah bagiku dan kedua ibubapaku, dan bagi siapa masuk rumahku yang beriman dan bagi entiti-entiti yang beriman dan wanita-wanita yang beriman dan janganlah meningkatkan penzalim-penzalim itu kecuali kemusnahan" (71:28).

Dan diwahyukan kepada Nuh; "Sesungguhnya tidak akan mereka beriman dari kaum kamu kecuali siapa bahawa beriman maka janganlah kamu berdukacita dengan apa mereka lakukan (11:36) dan binalah kapal dengan mata Kami dan wahyu Kami dan jangan alamatkan Kami pada entiti-entiti zalim sesungguhnya mereka dilemaskan" ( (11:37).

Dan baginda membina kapal dan tiap kali lalu atas baginda penguasa-penguasa dari kaumnya mereka mengejek darinya. Baginda berkata; "Jika kamu mengejek dari kami maka sesungguhnya kami mengejek dari kamu sebagaimana kamu mengejek (11:38), maka akan kamu mengetahui siapa akan-mendatanginya azab yang menghinakannya dan ia menuruni atasnya azab tertegak" (11:39). 

Sehingga apabila datang perintah Kami, gunung-berapi arus Kami berkata; "Bebankan padanya dari tiap pasangan dua dan ahli kamu kecuali siapa berlalu atasnya perkataan itu, dan siapa beriman". Dan tidak beriman dengannya kecuali sedikit (11:40). 

Baginda tinggal bersama mereka seribu tahun tolak 50 tahun (29/14).

Dan baginda berkata; "Berlayarlah padanya dengan nama Allah laluannya dan pelabuhannya, sesungguhnya rabbku pasti Maha Pengampun yang Maha-Penyayang" (11:41).

Dan ia melayari dengan mereka pada ombak seperti gunung-ganang dan Nuh panggil anaknya di perpisahan; "Wahai anakku, berlayarlah dengan kami dan jangan menjadi bersama pengkufur-pengkufur itu" (11:42).

Dia berkata; "Aku akan membawa-diri ke gunung, ia-akan-melindungi aku dari air" (11/43).

Baginda berkata; "Tiada pelindung hari dari perintah Allah kecuali siapa Dia sayangi" (11/43).

Dan keliling antara kedua mereka ombak maka dia dari pelemas-pelemas itu (11/43).

Dan dikatakan; "Wahai Bumi, telanlah air kamu dan wahai Langit, tahanlah" (11/44).

Dan kurangkanlah air, dan dikotakan perintah itu dan ia berehat atas Judi dan dikatakan; "Kejauhan bagi kaum penzalim-penzalim itu" (11/44).

Dan panggil Nuh rabbnya maka berkata; "Rabbku, sesungguhnya anakku dari ahliku dan sesungguhnya janji Engkau benar dan Engkau Maha Bijaksana sekalian hakim (11:45).

Dia berkata; "Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukan dari ahli kamu, sesungguhnya dia amalan selain soleh maka janganlah kamu meminta-kepadaku apa bukan bagi kamu dengannya ilmu sesungguhnya Aku memurkai kamu bahawa kamu jadi dari penjahil-penjahil itu" (11:46).

Baginda berkata; "Rabbku, sesungguhnya aku meminta-perlindungan dengan Engkau bahawa aku meminta apa bukan dari aku dengannya ilmu dan kecuali Engkau mengampuni bagi aku dan Engkau mengasihi aku akan aku jadi dari penyesal-penyesal itu" (11:47).

Dikatakan; "Wahai Nuh, turunlah dengan salam dari Kami, dan keberkatan atas kamu, dan atas negara-negara dari siapa dengan kamu. Dan negara-negara  akan Kami menikmatkan mereka kemudian akan-menyentuhi mereka dari Kami azab yang pedih" (11:48).

Maka mereka nafikannya (7/46) dan para Rasul (25/37, 26/105) maka Kami selamatkannya (7/64, 26/119) dan entiti-entiti bersamanya di kapal (7/64) berlabuh (26/119) dan Kami tenggelamkan entiti-entiti yang nafikan dengan ayat-ayat Kami sesungguhnya mereka jadi kaum buta (7/64) dan Kami jadikan mereka bagi manusia petanda dan Kami sediakan bagi penzalim-penzalim itu azab yang pedih (25/37). Kemukakan, Allah, contoh bagi entiti-entiti yang kufur isteri Nuh dan isteri Lut mereka-berdua-telah-jadi di bawah dua hamba dari hamba Kami dua-pensoleh maka mereka-berdua khianati kedua mereka maka tidak mengkayakan dari keduanya dari Allah sesuatu dan dikatakan; "Masuklah kamu-berdua Neraka bersama entiti-entiti yang masuk itu" (66:10). 

Wallahualam.

Wednesday 30 August 2023

Hadis Bhg. XIII

Bayangkan kalau orang Islam yang menolak cadangan pengajaran hadis 40 Nawawi di sekolah awam, mereka akan digelar golongan anti hadis, buku mereka diharamkan, persatuan mereka diharamkan, dan sebagainya.

Ini tidak terjadi terhadap golongan non muslim. Ini adalah bukti bahawa ahli politik di negara kita mendiskriminasi orang Islam yang tidak seakidah dari mereka.

Anak-anak Syiah, Ahmadiyyah, dan Islam Liberal dipaksa oleh kerajaan Sunnah untuk menjadi ahli Sunnah wal Jamaah.

Manakala mereka bertoleransi dengan non muslim demi memancing undi. Mereka menghalalkan non muslim berzina, sebaliknya mereka mahu merejam sampai mati orang Islam yang berzina.

Ahli Sunnah di Malaysia terkenal dengan amalan diskriminasi. Ketika saya belajar di kolej matrikulasi dulu, pada awalnya saya tidak faham kenapa rakan Cina saya berubah wajah apabila saya memberitahunya bahawa saya mendapat tawaran dari UiTM. Kemudian saya faham setelah mendapat tahu bahawa non Bumi tidak boleh memasuki UiTM.

Kemasukan ke Matrikulasi sehingga kini masih lagi menggunakan sistem kuota yang kononnya mahu membela Bumiputera. Sebenarnya mereka mahu memancing undi memandangkan kaum Bumiputera adalah majoriti dalam sebuah negara demokrasi.

Formula ini yang digunakan Tun M sehingga berkuasa puluhan tahun. Yakni formula merajakan golongan majoriti. Ini adalah logik demokrasi. Formula ini kini disambung oleh Bersatu.

Wallahualam.

Monday 24 July 2023

Sultan Bhg. II

Ahli Sunnah sukar menerima bahawa permaisuri kepada ketua agama Sunnah adalah seorang yang tidak bertudung. Maka tidak ganjil mereka masih mengangkat Sanusi sebagai hero walaupun setelah beliau terkait dengan sentimen menghina Sultan Selangor.

Pemimpin Sunnah pula seperti biasa pengecut untuk menegur isu tudung ini terhadap Permaisuri. Mereka memilih untuk menyerang golongan artis supaya kelihatan hero agama di mata orang awam. Teknik ini dikenali sebagai "menumpang glamor". Maka yang menjadi mangsa adalah Shima.

Mereka juga berani menyerang orang tua minoriti Kassim Ahmad demi mempertahankan tudung. Namun bila berdepan dengan Permaisuri mereka bisu seribu bahasa.

Secara teorinya golongan sekular juga tidak berminat jua dengan pemerintahan kesultanan. Namun mereka tiada cita-cita pemerintahan khalifah seperti ahli Sunnah. Sebab itu Raja British masih lagi bertahan di bawah nilai sekularisme.

Ahli Sunnah mendambakan Sultan yang alim, warak, dan sibuk dengan kitab-kitab Sunnah, bukan sibuk dengan bolasepak. Dan tentunya Permaisuri yang bertudung.

Perjuangan ahli Sunnah untuk melantik khalifah seiring dengan keinginan mereka untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud.

Kesultanan Saudi yang meletakkan Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan negara menjadi pujaan ahli-ahli Sunnah. Kesultanan sebegini yang diidami oleh ahli Sunnah.

Sebab itu Hadi Awang umpama pesakit jiwa sering membebel bahawa betapa rosaknya perlembagaan Malaysia. Bahkan beliau membawa pendekatan Salafi yang agak keras sehingga membawa kepada Tragedi Memali, namun beliau masih mendapat sokongan dari penganut Ashari dalam bab ini.

Wallahualam.

Wednesday 28 June 2023

Agama Bhg. IX

Kesilapan orang awam adalah tidak menaiktaraf diri menjadi alim. Jika anda menyedari betapa banyaknya kelemahan jabatan-jabatan agama, golongan asatizah atau pemimpin agama, mungkin anda akan mengambil inisiatif untuk mencari kebenaran.

Sebaliknya ramai orang awam terlalu bergantung kepada pendakwah tertentu untuk mencari pintu Syurga. Boleh jadi mereka terlalu sibuk dengan duniawi sehingga mereka "terpaksa" merisikokan nasib Akhirat mereka kepada orang lain.

Saya secara peribadinya mampu mengalahkan samada golongan Salafi, Ashari, Ahmadiyyah mahupun Islam Liberal. Ini kerana manusia tidak maksum. Masing-masing memperlihatkan kelemahan yang tersendiri.

Di negara kita, pendakwah Salafi kelihatan lebih berminat untuk berdebat dengan penganut Ashari. Dikala ramai pemimpin Ashari yang pengecut, kita patut memberikan kredit kepada Engku Ahmad Fadzil. Ternyata beliau seorang "anak jantan" yang berani berperang di barisan hadapan.

Manakala ramai pemimpin Ashari yang berperangai seperti Osama bin Laden menggunakan pendekatan "melempar batu sembunyi tangan". Ketika pejuang Taliban berperang dengan tentera US, Osama lari ke Pakistan.

Asatizah di Malaysia pula lari selepas melempar batu. Biar para peminat masing-masing bergaduh setiap hari.

Boleh jadi ini adalah faktor kenapa legasi Osama bin Laden malap bersama pemergian beliau. Kononnya mati syahid itu begitu indah tetapi yang berkorban nyawa adalah Taliban.

Ketaksuban Taliban kepada Osama bin Laden akhirnya memusnahkan negara mereka. Adakah anda menjangkakan sebuah negara Kristian akan cukup bersabar dengan provokasi serangan pengganas?

"Buang yang keruh, ambil yang jernih".

Kata pepatah ini adalah bukti bahawa moyang Melayu adalah bijaksana. Pendekatan sebegini jua yang diamalkan oleh Bruce Lee kemudian menjadi asas kepada kemunculan mazhab seni pertahanan diri yang baru yakni MMA.

Manakala mereka yang taksub dengan Silat, Kung Fu, Taekwondo dan sebagainya ketinggalan di belakang.

Wallahualam.

Saturday 20 May 2023

Gred Pendakwah Ahli Sunnah

Siapakah pendakwah ahli Sunnah yang terbaik? Jika anda ingin menjadi ahli Sunnah, berikut adalah pendakwah ahli Sunnah yang saya syorkan. Di sini saya ketegorikan mereka kepada beberapa gred.

1) Gred A

- Nouman Ali Khan

2) Gred B

- Astora Jabat

- Shabir Ally

- Danial Zainal Abidin

- Amin Idris

- Abd Muein

- Herjunot Ali

- Badli Shah

3) Gred C

- Noor Derus

- Syihabudin Ahmad

- Kamilin Jamilin

- Mohd Asri Zainul Abidin

- Muhammad Asri Yusoff

Saya mendapat idea pengredan pendakwah ahli Sunnah ini adalah apabila seorang ahli Sunnah menemuramah saya kerana bekas kekasih beliau bukan ahli Sunnah.

Akibat perbezaan akidah antara mereka berdua, ia telah menjadi liabiliti kepada cita-cita pernikahan mereka.

Wallahualam.

Wednesday 26 April 2023

Sultan

Sejarah mengisahkan pemerintahan Khalifah Usmaniyyah dihapuskan melalui pemerintahan Kesultanan Saudi. Kesannya sehingga kini, gerakan "wahabi" terus dibenci ahli Sunnah, walaupun "wahabi" itu sendiri adalah ahli Sunnah.

Serangan "wahabi" 9/11 memburukkan lagi jenama "wahabi", membuktikan bahawa agama Sunnah itu mempunyai kesesatan yang tersendiri.

Di Malaysia, gerakan Hizbut Tahrir yang mahu mengembalikan pemerintahan khalifah secara teorinya mengancam kedaulatan Sultan, lalu gerakan ini difatwakan sesat oleh Mufti penjilat Sultan.

Konflik dua jenis pemerintahan ini berterusan sehingga kini. Walaupun pada namanya Ahli Sunnah wal Jamaah, tapi mereka tidak berjemaah.

Bahkan penetapan tarikh Hari Raya pun mereka gagal berjemaah.

Ahli Sunnah di Melaka, menolak kesultanan Melaka. Begitu juga di Indonesia. Jika diberi pilihan, boleh jadi mereka memilih pemerintahan Khalifah sebagaimana mengimbau zaman Sahabat.

Sultan selama ini memberi hak keistimewaan kepada agama Sunnah, akhirnya memakan diri. Satu persatu kita lihat ahli Sunnah melawan sultan, sebahagian dari mereka dipenjara. Contoh yang terkenal adalah pendakwah bebas Herjunot Ali yang bergaduh dengan Sultan Selangor.

Masjid Rusila yang dibina oleh Hadi Awang pula adalah simbol penentangan kepada pemerintahan Kesultanan yang bersikap sekular mengasingkan masjid dari politik.

Dalam erti kata lain, kejatuhan pemerintahan Kesultanan Sunnah itu dijangka dijatuhkan oleh ahli Sunnah sendiri.

Wallahualam.


Monday 27 March 2023

Agama Bhg. VIII

Besar jasa para Sultan dalam perkembangan agama Sunnah di Malaysia. Pendakwah-pendakwah Sunnah yang tiada tauliah itu masih dibenarkan berceramah di masjid kerana mereka ahli Sunnah. Jika mereka penganut Syiah, boleh jadi mereka lebih awal dihalang. 

Menjadi kebiasaan ahli Sunnah untuk menuduh golongan liberal sebagai sesat. Namun mereka pula kini yang berperangai liberal menuntut kebebasan tauliah.

Menjadi kebiasaan ahli Sunnah juga untuk menuduh orang lain yang menyerupai kafir itu sesat. Namun Sultan-Sultan mereka jua yang menciplak sistem Beraja Kristian yang mengawal gereja, tidak pula difatwakan sesat.

Dalam sejarah Malaysia, kes pengharaman tali leher adalah contoh kes yang terkenal konflik antara Hamka dengan Mufti Johor ketika itu. Pemakaian tali leher dikatakan menyerupai kafir.

Kazim Elias yang mendakwa Nabi berkendurikan roti jala pula juga bernasib baik kerana beliau ahli Sunnah. Jika buku yang mengarut diterbitkan oleh penganut Syiah, boleh jadi telah lama diharamkan penguatkuasa Sunnah.

Golongan penglipur lara juga bernasib baik kerana mereka ahli Sunnah. Dalam erti kata lain, ahli Sunnah mendapat hak keistimewaan di negara ini kerana lampu hijau dari para Sultan.

Namun ahli Sunnah juga manusia biasa yang cenderung untuk taat jika sesuatu peraturan itu mengikut selera mereka. Sebab itu mereka masih merokok walau mufti Sunnah menfatwakan merokok sebagai haram.

Tabiat buruk ahli Sunnah adalah mereka cenderung untuk memaksa orang lain supaya satu akidah dengan mereka. Dan mereka cenderung untuk menggunakan kuasa untuk membuli mereka yang bukan satu akidah dengan mereka.

Kini di bulan puasa kita lihat bagaimana penguatkuasa Sunnah ini berperangai komunis membuli mereka yang tidak berpuasa.

Kassim Ahmad bukan ahli Sunnah. Dimana relevennya ahli Sunnah pergi ke rumah berdebat dengan beliau untuk membuktikan akidah beliau terpesong.

Dimana juga relevennya Sister in Islam untuk mencabar keputusan majlis fatwa Sunnah di mahkamah berkenaan bahawa pertubuhan itu difatwakan sesat.

Secara teorinya ahli Sunnah akan mendakwa golongan muslim yang bukan Sunnah sebagai sesat. Bahkan ahli Sunnah mengakui ada 72 golongan muslim yang akan masuk neraka.

Wallahualam.

Monday 27 February 2023

Hadis Bhg. XII

Omar al-Khattab berkata; "Nabi sedang sakit tenat dan kamu ada al-Quran. Maka Kitab Allah itu cukup bagi kita (Riwayat Bukhari).

Mengikut logik agama Sunnah, selepas kewafatan baginda, para sahabat sepatutnya sibuk mengumpul riwayat hadis. Namun sejarah mengisahkan bahawa mereka sibuk dengan politik sehingga tergendala pembukuan kitab hadis yang sempurna. 

Padahal ketika itu tanggungjawab mereka untuk melengkapkan "wahyu yang hilang" masih belum selesai. Kelewatan pembukuan kitab hadis ini membawa kepada masalah matan, sanad dan perawi yang semakin besar.

Contoh masalah adalah seperti matan yang semakin rosak, sanad yang semakin panjang, dan perawi yang semakin bermasalah dari segi ingatan.

Aisyah berkata; "Akhlak Nabi adalah al-Quran" (Riwayat Muslim).

Berbeza pula dengan nasib al-Quran dimana pembukuan al-Quran didahulukan berbanding kitab hadis.

Sesungguhnya Kami yang turunkan az-Zikr dan pasti Kamilah jua yang menjaganya (15:9).

Ahli Sunnah mendakwa bahawa az-Zikr juga merujuk kepada Sunnah. Hari ini kita menyaksikan masalah matan, sanad dan perawi yang besar dalam perbahasan hadis adalah bukti bahawa az-Zikr itu merujuk kepada al-Quran.

Bahkan ini adalah sebab kenapa sebahagian ahli Sunnah mengikut ulama ke kiri walaupun Nabi ke kanan. Ulama muktabar dilihat oleh ahli Sunnah jenis ini, sebagai "jalan pintas" untuk menyelesaikan masalah hadis.

Golongan Salafi pula seperti berlagak hero mahu berijtihad menyelesaikan masalah hadis, mendatangkan rasa kurang senang dari ahli Sunnah yang lain.

Mereka yang mahu menjadi hero seperti Kassim Ahmad, kebiasaan tidak disenangi jua. Ia umpama pemandu teksi yang kurang senang dengan kemunculan pemandu Grab. Pemandu teksi ini dinamakan sebagai golongan konservatif.

Kini pengaruh Salafi di Saudi mula beralih kepada Mutazilah kesan daripada globalisasi, diterajui oleh Putera Raja Saudi.

Wallahualam.

Wednesday 25 January 2023

Hadis Bhg. XI

Si isteri tua adalah pengengkar Sunnah kerana tidak meredhai sang suami untuk berkahwin lagi. Ini memberikan alasan kepada sang suami sebagai seorang ahli Sunnah, untuk membelakangi si isteri tua.

Sebab itu suami menikah di Siam secara rahsia. Seterusnya sang suami tidak berlaku adil kepada si isteri tua. Perkahwinan yang bahagia suatu ketika dulu kini bagaikan duri dalam daging.

Ini adalah gambaran bagaimana dan kenapa Kassim Ahmad tidak mendapat "keadilan akademik" dari pemimpin-pemimpin Sunnah. Golongan pengengkar Sunnah secara teorinya adalah musuh kepada ahli Sunnah.

Jika ahli Sunnah tidak berlaku adil kepada isteri tua, bagaimana ahli Sunnah akan berlaku adil kepada Kassim Ahmad?

Ini kerana si isteri tua dan Kassim ahmad adalah kelompok pengengkar Sunnah. 

Jika pemimpin-pemimpin Sunnah begitu tinggi ilmu hadis, sepatutnya mereka mampu membalas beliau secara akademik.

Akhirnya bidang hadis menjadi sarkas dalam konteks akademik. Kemenangan akademik dimenangi dengan cara sentimen dan politikal.

Bahkan karier politik Kassim Ahmad dijatuhkan oleh seorang mufti Sunnah. Dalang disebalik komplot ini kemudiannya mendapat balasan karma apabila dijatuhkan pula atas sentimen tuduhan liwat.

Si tertuduh kemudian dipenjara. Di dalam penjara beliau cuba mendalami al-Quran. Dan kini pemimpin-pemimpin Sunnah jua yang menjadi musuh politik beliau.

Pemimpin Sunnah sudah terbiasa dengan konsep "imam muktabar", sebahagian mereka menyangka saya pengikut Kassim Ahmad. Mereka menyangka saya mempunyai "imam muktabar" seperti mereka.

Mereka melihat bayang-bayang mereka sendiri. Imam muktabar saya adalah Rasulullah.

Wallahualam.

Wednesday 28 December 2022

Hadis Bhg. X

Apabila orang lain menolak hadis, golongan "Wahabi" melabel mereka sebagai golongan anti hadis. Namun apabila golongan "Wahabi" menolak hadis, mereka mendabik dada sebagai penentang amalan menglipur lara hadis.

Dan apabila orang lain menerima hadis pula, golongan "Wahabi" melabel mereka sebagai penglipur lara hadis. Namun apabila golongan "Wahabi" menerima hadis, mereka mendabik dada sebagai pengikut Nabi.

Maka golongan Wahabi ini begitu dibenci oleh penganut Asyairah.

"Akidah selain Asyairah semuanya kelaut".

Namun saya telah menegur pendakwah Asyariah itu sebagai sembang kerana beliau tidak "bertentang mata" dengan golongan "Wahabi".

Samada perjuangan dan kepercayaan anda benar atau salah, namun jika anda sekadar mendabik dada di "alam maya", maka itu adalah sembang.

Maka dengan ini saya memuji kedua-dua pihak "Wahabi" dan Asyariah yang sudi untuk turun padang, "bertentang mata" dan berdialog secara matang.

Sekian lama saya menjadi aktivis "pengkritik Sunnah", insyaAllah anda mendapati saya seorang pengkritik yang adil.

Bahkan itu adalah faktor kenapa saya masih belum dibunuh atas tuduhan murtad, atau ditangkap oleh pegawai agama, kerana kritikan saya berasaskan hujah dan fakta.

Wallahualam.

Wednesday 30 November 2022

Agama Bhg. VII

"Hidayah di tangan Allah" bermaksud jika anda memiliki seribu sijil agama pun ia tidak menjamin anda mendapat hidayah. Jika anda seorang pro hadis, riwayat hadis mengisahkan tentang golongan yang dikenali sebagai "ulama jahat".

Jika anda menyedari perkara ini, bahawa betapa faqirnya kita terhadap hidayah dari Allah. Bayangkan anda menghabiskan masa puluhan tahun belajar agama dan masih tidak mendapat hidayah. Anda disebut dalam riwayat hadis sebagai "ulama jahat".

Ini adalah hujah bahawa sistem institusi agama itu sendiri tidak menjamin kesejahteraan. Di Malaysia, kita mempunyai ribuan masjid namun banyak juga kes jenayah. Pemimpin-pemimpin agama pula saling bermusuhan sesama sendiri.

Macai-macai politikal agama pula mengambil jalan mudah dengan menjadi penumpang kenderaan. Kenderaan itu dipandu oleh pemimpin mereka kononnya menuju ke Syurga.

Mereka tidak perlu belajar memandu kerana mereka begitu yakin bahawa pemimpin mereka begitu berkaliber.

Apabila anda sekadar menjadi penumpang, anda "terpaksa" menerima sahaja ke mana sang pemandu membawa anda.

Coretan ini memberi gambaran kehebatan Sang Iblis. Jika mereka yang berstatus ulama pun tidak mendapat hidayah, bagaimana dengan anda yang bukan ulama?

Wallahualam.

Monday 31 October 2022

Agama Bhg. VI

Anda dari keluarga yang susah lalu anda mengejar duniawi. Puluhan tahun kemudian anda masih hidup susah lalu mati dan masuk Neraka.

Golongan yang kaya pula sekurang-kurangnya mereka berbahagia di dunia. Mereka berjaya di dunia walaupun gagal di Akhirat.

Manakala anda yang hidup susah di dunia dan lagi susah di Akhirat.

Jika anda sedar berkenaan perkara ini, maka anda lihat kepentingan anda membuat persediaan Akhirat.

"Adakah aku terlalu bodoh? Sudahlah aku hidup susah di dunia, bahkan nanti aku hidup susah di Akhirat pula?".

Saya pernah menemuramah seorang aties. Beliau memberitahu saya beliau menjadi ateis supaya beliau boleh fokus kepada duniawi. Beliau mendakwa beliau datang dari keluarga yang susah.

Jika beliau hidup beragama, katanya, agama boleh mengganggu matlamat duniawi beliau. Beliau mahu keluar dari kepompong kemiskinan.

Saya bersetuju dengan beliau bahawa banyak ajaran agama yang songsang. Malangnya ramai pemimpin agama memilih untuk menjadi egois dari bermuhasabah diri.

Keegoan pemimpin agama ini membawa kepada imej agama sebagai ajaran songsang lalu polemik ini antara punca melahirkan golongan ateis.

Pemimpin agama tidak dapat menerima kenyataan bahawa ajarannya songsang lalu pemimpin agama menyalahkan pemikiran liberal.

Boleh jadi ramai agamawan yang memilih parti liberal atau sekular kerana muak dengan keegoan pemimpin-pemimpin agama.

"Agama aku tak seteruk itu".

Wallahualam.

Friday 30 September 2022

Allah Bhg. II

Allah tidak mencintai pelampau-pelampau-batas (2/190, 5/87, 7/55), kerosakan (2/205), tiap kekufuran-berdosa (2/276), pengkufur-pengkufur (3/32, 30/45), penzalim-penzalim (3/57, 3/140, 42/40), siapa jadi bangga-cakap-besar (4/36), siapa pengkhianatan-berdosa (4/107, 22/38). kezahiran dengan dosa dari perkataan kecuali siapa dizalimi (4/148), perosak-perosak (5/64, 28/77), pembazir-pembazir (6/141, 7/31), pengkhianat-pengkhianat (8/58), pentakbur-pentakbur (16/23), hedonis-hedonis-takbur (28/76), dan tiap bangga-cakap-besar (31/18, 57/23).

Allah mencintai pelaku-pelaku-kebaikan (2/195, 3/134, 3/148, 5/13, 5/93), pentaubat-pentaubat, pembersih-pembersih (2/222, 9/108), pentaqwa-pentaqwa (3/76, 9/4, 9/7), penyabar-penyabar (3/146), pentawakkal-pentawakkal (3/159), pengsaksama-pengsaksama (5/42, 49/9, 60/8), dan entiti-entiti berperang di jalanNya pembarisan (61/4).

Wallahualam.

Sunday 28 August 2022

Hadis Bhg. IX

Apabila anda mengecam amalan menglipur lara hadis, anda adalah anti hadis. Namun oleh kerana anda adalah ahli Sunnah, maka anda tidak digelar sebagai golongan anti hadis. Sebaliknya anda digelar sebagai Wahabi.

Jika anda mengatakan Rashad Khalifa ada kesilapan, saya setuju. Jika anda mengatakan Kassim Ahmad ada kesilapan, saya juga setuju. Namun oleh kerana anda melihat mereka dari lensa akidah, maka anda berasa anda lebih suci.

Padahal anda bergelumang dengan amalan riba, menghisap rokok, malah boleh jadi anda dari parti Melayu yang menolak Hudud. Namun kerana anda berakidah ahli Sunnah, anda berasa anda lebih suci.

Seperti biasa yang mengganas adalah ahli Sunnah, apabila Rashad Khalifa dibunuh ketika beliau sembahyang. Ironinya apabila orang mengata Islam agama yang ganas, anda marah pula.

Nouman Ali Khan membuktikan bahawa ahli Sunnah juga mampu untuk rajin tadabbur al-Quran. Walaupun saya tidak menonton penuh ceramah-ceramah agama dari Perkampungan Sunnah baru-baru ini, tapi boleh dikatakan tiada yang kedengaran gah setaraf dengan Nouman.

Bahkan jika anda menggabungkan sepuluh ustaz Sunnah di Malaysia, belum tentu dapat menandingi Nouman.

Nouman datang ke Malaysia mengangkat mesej perjuangan Sunnah. Namun masalahnya beliau tidak melihat dari lensa realiti. Sebaliknya beliau melihat dari lensa utopia seolah-olah jemaah Sunnah memiliki kitab Sahih Nabi.

Realitinya ahli Sunnah tidak memiliki kitab Sahih Nabi, sebaliknya mereka memiliki kitab Sahih Bukhari. Mereka berlagak lebih sudu dari kuah. 

Melihat sejarah awal saya digelar sebagai anti hadis, ketika itu saya adalah kaki masjid di sebuah kolej. Bahkan saya seorang sukarelawan sebagai bilal. Suara saya seringkali berkumandang terutama bagi waktu Zohor dan Asar.

Bahkan saya juga penuntut kelas feqah Shafie dengan imam masjid berkenaan ketika itu. Maka dari mana datangnya gelaran anti hadis itu?

Ia datang kerana saya menolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina. Ironinya pemimpin-pemimpin Sunnah mengakui jua bahawa hukuman itu tidak ijmak sebagai Hudud.

Wallahualam.